Monday, August 30, 2010

Merdeka


Cikgu Menyambut Hari Kemerdekaan
Cikgu Malaysia Menyambut Hari Kemerdekaan 2010

Semoga semua guru di Malaysia bersama-sama berkibarlah Jalur Gemilang sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-53 di sekolah masing-masing. Selamat menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2010.
“Satu Malaysia Menjana Transformasi”.

dipetik dari ; http://www.cikgublog.com/

BM ke BI?

Memartabatkan BM Dan BI
Opsyen Pertama Dan Opsyen Kedua Perlu Dikaji Semula Untuk Memperkasa Dan Memartabatkan Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris

Baru-baru ini sebilangan guru menjadi mangsa pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kerana ditukarkan atas alasan Redoployment. Setelah pihak kesatuan menyiasat didapati guru ini ditukarkan atas alasan lebihan guru atau tidak dapat kerjasama dengan pentadbir sekolah atau keperluan opsyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sekolah lain.

Tetapi kes sebenarnya ialah, seorang guru yang mempunyai opsyen Bahasa Melayu telah diminta mengajar Bahasa Inggeris sejak beberapa tahun yang lepas. Guru berkenaan telah menghadiri kursus conversion Bahasa Inggeris. Namun demikian, beliau ditukarkan ke sekolah lain atas dasar opsyen asal dan diarahkan mengajar Bahasa Melayu. Tindakan ini merugikan kedua-dua pihak.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) menyarankan sejajar dengan NKRA, guru yang mempunyai opsyen kedua dan kepakaran harus diberi pengiktirafan supaya dapat terus menyumbangkan ilmu dan kemahiran melalui bidang yang telah dikuasainya.

Dalam NKRA kita harus utamakan kebolehan, kecemerlangan dan kompetensi seseorang guru bukan rigid dengan peraturan yang sedia ada. Dalam pada itu, data EMIS perlu juga berubah agar guru yang sedang mengajar opsyen kedua haru dikategorikan di bawah opsyen terkini bukan opsyen asal. Perubahan dan fleksibiliti ini penting untuk kita mencapai objektif “Memartabatkan Bahasa Melayu, Memantapkan Bahasa Inggeris”.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Perlu Mengkaji Semula Kemusykilan Berikut:

1. Opsyen berdasarkan Sijil Perguruan
2. Opsyen Conversion
3. Sijil Bidang Major semasa mengikuti program Pembelajaran Jarak Jauh / OUM.

(Artikel daripada KPPK 2010)

Sunday, August 29, 2010

Kenyang sudah...

Salam...

syukur kehadrat ilahi sebab mampu menunaikan ibadah posa ni (walaupun kekdg dok merepek haus!...haus! time jam 2-5 p.m.)

Hari ni da posa yang ke-19. Aktiviti hari ni dipenuhi dengan aktiviti yang begitu memberangsangkan.
lepas sahur - start cat ruang tamu.
kemas rumah, kemas bilik tengah, pindahkan komputer ke bilik tengah..
Lebih kurang jam 3.30 pm. selesai...syukur sebab umah dah clear...

jam 4.30 p.m. p jj bdr baru... cian abang, dok kata nak selipar baru...
gagahkan diri walaupun penat p belikan dia...kasihkan anak la katakan...

hari ni rasa haus sesgt... pas dgr je azan nak bukak posa, trus balun air dalam 4/5 gelas...HUAAAAAA!!!
sekarang da mcm overflow...mcm nak muntah pun ada. Tak selesa sgt2... tu la, kan da kata, berbuka dengan ala kadar da ler...ni mcm da 5 tahun x jumpa air...

ngantuk sesgt ni. Mata pun da berat...

catatanku bersambung, insyaAllah dengan izinNya..

Thursday, August 26, 2010

Nuzul Quran...

Salam..

hari ni cuti umum...cuti nuzul quran. relax ckit, ingat nak kemas umah ckit2.
nak lek kg nanti xler kalut sangat.

syukur tahun ni ada gak wang tambahan..rm500..mcm2 leh buat ngn nilai tu.. standby untuk raya kat dua2 kg..

p shopping complex mana2 pun banyak yg sale giler2 ni. smlm belikan hadiah untuk anak buah baru. beli baju overrall n t-shirt kuning..comel gitu...tapi xberkesempatan nak hantar smlm...pos office pun da tutup. ahhh...next week jer aaa antar..

abah da bayar zakat kami anak beranak...tahun ni kena rm7.00...syukur alhamdulillah.. tq yer bah!

dah 6.40 a.m..nak jemur kain ni. tgk cuaca pn ok jer..

catatanku bersambung...insyaAllah dengan izinNya

Tuesday, August 24, 2010

Perut x selesa...

Salam..

Aduh...sakitnya perut ni..salah makan time sungkai kelmarin.
Ni da ulang alik tandas 4 kali sejak 2 a.m tadi..
Syukur dapat posa lagi ari ni. ari ni dah posa yang ke-15.
Harap2nya, janganlah perut ni buat hal sepanjang hari ni...

Hari ni gaji. Yea! Yea!
Kak mas ajak p jalan taiping ari ni. Nak memborong langsir siap. Murah katanya.
InsyaAllah ye kak mas..Kalau perut ni xbuat hal, kita p yer...

Sok hari tilawah quran. Semua guru kena bawak bunga telur. kumpul punya kumpul, ada 10 org nak mtk tlg belikan. mujur Mona nak p jln taiping ptg kelmarin. beli mona jgn xbeli...mintak tolong dia yang belikan..cayang mona!

Dah posa nak dekat2 sampai penghujung ni, ramai budak xdtg sk. entah le, xlarat ke ape...
kalau masuk kelas time last period pun, mcm dah nazak ni bdk2..."teacher, tlg...haus" takpun, ..."teacher, jgn kasi latihan bnyk2. xmampu nak menulis ni. pegang pensel pun da x larat ni.."
whuaaaaa! dulu time teacher dorg ni sk rendah, (ingat sangat ngn cikgu siti) xberani nak ckp ayat2 mcmtu..mau dia tambah lagi latihan ada... itu la bezanya budak dulu dan sekarang...

kak ipar da masuk wad. kencing manis tinggi sangat. hari ni doktor nak masukkan ubat. kena paksa bersalin. semoga selamat bersalin. cian pulak dekat anak2 buah berdua tu...terpaksa tinggal ingat nanny dorg sepanjang hari. demam pulak tue..

aduiii...perut memulas da...

catatanku bersambung...insyaAllah dengan izinNya,

Sunday, August 22, 2010

Sahur..

Salam...

Pagi yang mendamaikan. Hari ni da puasa yang ke-13.

Semalam p jusco..sajer je jalan2 nak buang masa. Lepak umah je, rasa ngantuk ya amat.
Huhuhu..p le exercise kat jj bukit tinggi...
Ramainya org..semua membeli persiapan raya. Jumpa izumee. Pun beli kelengkapan raya.
Abg Aqil dan adik Qiela da beli da baju dorg...hari tu sebelum posa ada sale. Beli trus. harga pun murah.50% - 70% ni..

Malasnya nak p sk ari ni..bukan pe. rest 1 hari jer..
tapi minggu ni n minggu depan best..hari jumaat ni nuzul quran. selasa depan(31 ogos) cuti lagi..cuti hari kemerdekaan...

Khamis ni ada majlis khatam quran.
'Terkena' jadi ketua bahagian makanan murid...bahulu, kerepek, kurma, air kotak.
semua kena packing ni..bila nak start tah...banyak oOOOoo..lebih kurang kena pack untuk 600++ murid. Kak mahyon dah beli ke bahan2nya? bahulu mungkin sampai hari selasa/rabu...tapi xpe la. da siap pack..
Lupa plak...guru pun kena bawak bunga telur...10 btg bersama telur. telur rebus bukan telur goreng! haru
adoiyaiii...cmner leh lupa lak ni? smlm p beli plastik untuk membungkus xingat nak beli skali bunga telur...

Dah azan subuh.

catatanku bersambunga...insyaAllah dengan izinNya

Friday, August 20, 2010

Relaxnya...

Salam...

Ari ni kena sk. cuti ganti untuk hari raya nanti.
Budak pun xramai yang datang. Semalam da servay. Tanya gak 2,3 kelas ramai dak yang akan datang.
"xdpt dtg le teacher...sok mak nak bwk p beli baju raya..."
huhuhu..raya jauh lagi daa...ari ni baru posa ke-11...
ikut suka korg le...da waris korg ckp cm2, apa daya diri ini kan?
hehehheh...

Best betul ler ari ni...walaupun terpaksa jugak2 datang sk tapi jadual yg mantap ni buat ari ni berlalu dengan begitu nyaman dan selesa sekali...
mana x nyer, dari jam 7.30-12.30, kena jadual sejam sorg jer...
Aku jugak yang lebih sikit...10.50-12.30..huhuhu
Tapi best jugak sb bwk bdk tgk tayangan jer...bdk x ramai..
lagpiun guru2 lain ada tadarus. Kak Vasanthy, mona n kak huda da janji nak tolong2 jaga bdk kat lab ni...ada polis negara 2 (sori ye kak vasanthy..huhuhu) kompom bdk2 xbising punya. takut maaa...

Ye! ye! pembantu sudah mari...
TQ mona... i luv u...
kita sesama jaga bdk jam 10.30 ni yer...ahaksss...

catatanku bersambung...insyaAllah dengan izinNya..

Thursday, August 19, 2010

Sakit!

Salam..

Ari ni da posa yang ke-10..
Syukur, alhamdulillah atas kurniaanNya..

Da lebih seminggu posa ni, badan cm ringan semacam jer...huhuhu
Berat da turun kot? hehhe..Baju yang da masuk dalam "muzium" pun da kuarkan lek.
Ada ler yang da leh pakai...Ramai yang tegur ingat baju baru sb xpernah nampak pakai.
Baju baru? hehhe..baju 2 tahun sudah tu!
Azam yg nak kurus semakin membara ni...HUAAAA....

Ari ni jadual tak penuh..
kelas 8.30-9.30, 10.50-11.20, 11.50-12.20 (jumlah semua 2 jam jer)
Jangan le ada yang memonteng ari ni..mudah-mudahan le...sakit ooo nak relief!
Punya le jenuh nak tunggu ari jumaat..(ari berfoya2...hehehh)

Alamak, LP xsiap lagi nih..Sok punya pun sama.
Sok sk ganti..Untuk raya posa ni..so, lebih kurang 2 minggu gak le cuti kali ni...

Tahun ni raya kat Kedah dulu..huhuhu nak ejas lek perak dulu ler...
Abah kasi dak ye agak2?

Sok ada tadarus antara guru2...
Pagi kelmarin ambik nama 30 org sape2 yang nak join..
Tak paksa kan?
Kalau kita tak bleh join, jgn le marah...
Aktiviti tersangat le bagus tapi masalahnya, abg Aqil n adik Qiela sapa nak jaga? Abah keje ari tu...Wan & Atuk selalunya ada progrm ari sabtu... Ni pun tak x dorg leh jaga ke x bebdk ni...

Tajuk entry slalu xkena ngn isi...huhuhu...fail betul ler..
bukan pe..itu perasaan mula2 nak wat entry..tapi bila da start isi, jauh sesgt tajuk n isinya...cm xkena2 jer ni..huhuuu

Sakit bukan pe...
semalam wat sit-up. tgk kat youtube...cara2 mengempiskan perut..WAH! berazam nampak...hehheh abis tu, da balun exercise 4 minit, mau tak rasa kejang je ari2...
bahu pun sakit gak...lengan usah dikata lagi...Jangan putus asa! Chaiyo...chaiyo... AKU MAHU SAIZ S!kehkehkeh...

Semalam le rasanya posa yg benar2 menduga imanku...
sedu! kat sk da kena. dalam jam 7.45 a.m. gitu da rasa keseduaannya..(betul ke imbuhan aku ni?...cm merosakkan wording bm je gayanya)
Berenti sedu 2 jam selepas itu...ada kot relax sejam trus sedu sampai lek...
HUHUHUHU...mengajar pun dok tersekat2...itu bukan penghalang untuk mendidik! pehh.....

Rumah xcat abis lagi..bila nak start tah...
langsir umah ni pun xjahit lagi..bz jer minggu ni rasanya...

dah jam 6.12 a.m...baju xgosok lagi ni...

Catatanku bersambung...insyaAllah dengan izinNya...

Wednesday, August 18, 2010

damai...

Salam...
hari ni da ramadhan yang ke-8...
dengar bacaan pujian2 untuk yang maha esa dari masjid buat diri rasa sayu jer..
ingat mak, ayah kat kg..

Abah, abg n adik Qiela da tdur...
sambil2 wat new entry ni tgk csi miami (sr8)
huhuhu...citer febret...

rumah bila nak cat habis tah...
pas buka posa je, solat trus lena. cmner nak siap?

catatanku bersambung...insyaAllah dengan izinNya

Monday, August 16, 2010

Akaun!

Salam...

Mengantuknya hari ni...kelas awal tadi kat 5M pun mcm berkurun je nak sampai jam 8.30 a.m..Benar2 xdapat nak tahan mata ni. Aktivit p&p? Lancar...insyaAllah, mengantuk bukan halangan untuk tidak mendidik anak bangsa!

Hari ni puasa yang ke-7..syukur ya Allah..
Petang ni apa menu sungkai? Macam nak masak agar2...senang, mudah, ringkas dan sedap...
Menu berat? otak tengah running ni...
Tgk resepi balik ni...

Pagi ni adik dan abang bangun awal..
seawal 4.30 pagi da bangun. Nak sahur ke?
huhuhu...mengacau adalah...
bangun nak tgk katun...

dah 9.15 a.m..
9.50 a.m. ada kelas kat 4J...

catatanku bersambung...(insyaAllah dengan izinNya)

Sunday, August 15, 2010

Hari Malas Sedunia...

Salam...

setelah puas bercuti 2 hari (mujur le xde aktivit yg berat kt sk), jap lagi nak siap2 p sekolah. Malas 116x..
Aduh...napa cepat sangat cuti berlalu. mc? huhuhu...xpernah ambik atas alasan malas p sekolah setelah 8 tahun kerja ni. Bukanlah nak kata diri ni begitu "baik"..
Tapi mungkin akan menggunakannya bila "terperlu sangat2 nanti".
Sebut pasal mc ingat sangat time acik nak daftar kat uitm shah alam 2007..
Terlalu ingat..
Saratnya ngandung abg Aqil time tu...permohonan nak mintak cr x luluskan. Alasan?
..."dekat jer. Suruh je mak dan adik awak sewa teksi"..
KEJAM! KECIK ATI! itu yg masih dirasa hingga tika ini...
Lastly, gagahkan diri ke klinik. Dengan keadaan diri yg xbegitu sihat, dan tanpa diminta, doktor mengarahkan untuk bercuti 1 hari. Syukur! Tuhan benar2 membantu.. Sesungguhnya Dia amat mendengar keluh kesah hambanya...cuma hambaNya ini yg selalu alpa..nauzubillah!
LUPAKAN! HATI, JANGAN BERDENDAM...masuk perasaan ni semua dalam recycle bin..

Hari ni hari yang ke-6 puasa.. Syukur dapat menjalani ibadah dengan rasa begitu tawaduk tahun ni (setakat 6 hari ni la...huhuhu).. dapat ke nak abiskan pembacaan quran sebuah? moga2 tahun ni tercapai azam tu...

Baju untuk raya da pos sabtu lepas. Malas nak jahit sdri.. Mak, jgn marah yaaa...
Baju yg mak jahit, selesa sangat. So, mak le "tukang jahit" baju anakanda mu ini tetap dan berpencen..HAHAHA...

Dah 6.06 a.m...baju kerja x gosok lagi... Nak siapkan keperluan.

Catatanku bersambung...(insyaAllah dengan izinNya),

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan yg mulia...

salam...

puasa hari yang ke-5..syukur alhamdulillah!
tuhan mengurniakan rahmat keatasku kerana mampu berpuasa pada tahun ini..
Gambate mama!

Apa jadi yer minggu ni?
refresh...refresh...
minggu ni relax jer...xde benda yg berat sangat yg berlaku pun..
sk ok..rumah pn ok..
Sabtu lepas (14/08/10) ada mentor mentee...
Malasnya nak pergi....
Gagahkan diri jugak untuk pergi. Nasib datang sb org2 kuat sk pun datang.
Kehkehkeh..yg bestnya budak yg datang leh kira dengan jari. Maka, secara puratanya 1 org budak, 3 orang cikgu yang ajar...kehkehkeh

Fiza teringin bubur lambuk...memang rezeki dia le kali ni..rezeki ibu mengandung.
Ngam pulak orang bagi sampai 4 bekas. Fon dia, dia dok tengah on the way ke bangi...
Simpan dalam fridge. Moga2 x basi..

Malas nak sambung tdo pas sahur ni..(skrg dah 5.15 a.m)
Kalau tdo ni, mau lajak sampai jam 9... badan dah sah2 akan sakit..
Stay jer. G pun bubur adik Qiela tengah dok masak... Nak tinggal kat abah (yg tgh dok main FB) tak boleh berapa nak percaya. Sebabnya?
Rabu lepas bubur adik Qiela hangit! ..."sori, abah terlupa"....huaaaaa...
natijahnya, bwk le bubur hangit p umah wan. Time ambik tghari siap kena tazkirah cara nak masak bubur... nak kena belajar gak ke masak bubur? ahakssss....

catatanku bersambung...insyaAllah dengan izinNya..